Selain mencerahkan wajah, set komestik ini juga bertindak menghilangkan jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan parut di muka tanpa pengelupasan.
Sunblock/ Foundation memberi perlindungan pada siang hari.
Perhatian penting: Krim Malam (Krim Pemutih dan Krim Kunyit) adalah untuk kegunaan malam sahaja, ia bertindak hanya semasa waktu tidur. Sunblock/ Foundation adalah untuk kegunaan siang hari, ia melindungi kulit dari sinar UV. Sabun pembersih muka boleh digunakan pada bila-bila masa.
PANDUAN CARA PENGGUNAAN KRIM MALAM:
Langkah 1: Sebelum tidur, bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan-lahan dan bilas bersih.
Langkah 2: Setelah muka dilap kering, sapukan Krim Pemutih secara nipis pada keseluruhan muka dan disusuli dengan Krim Kunyit (juga dengan nipis dan rata ke seluruh muka).
PANDUAN CARA PENGGUNAAN SUNBLOCK/ FOUNDATION:
Langkah 1: Pada waktu pagi, bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan-lahan dan bilas
bersih.
Langkah 2: Setelah muka dilap kering, sapukan Sunblock/ Foundation secara nipis pada
keseluruhan muka untuk perlindungan dari sinar UV, dan sebagai alas bedak.
KAEDAH PENGGUNAAN UNTUK KULIT SENSITIF:
Krim Kunyit: Di awal-awal penggunaan, adalah dinasihatkan agar memakainya selang 1 hari
supaya dapat dilihat reaksi kulit kepada bahan kunyit (reaksi mungkin
berbeza-beza mengikut jenis kulit). Jika tiada sebarang masalah, teruskan
penggunaan setiap malam. Jika ada masalah, jarakkan penggunaan kepada
sekali selang 3 hari dan seterusnya.
Krim Pemutih: Gunakan Krim Pemutih setiap malam.
JIKA PANDUAN PENGGUNAAN DIIKUTI, KEBERKESANAN YANG JELAS DAPAT DIRASAI DALAM MASA 2 HINGGA 3 MINGGU. WAJAH AKAN KELIHATAN CERAH DAN BERSERI.
MASALAH JERAGAT SERIUS???
Disyorkan memakai Krim Jeragat Tia Amelia sebagai tambahan. Pek 5gm dan 15gm ada dijual secara berasingan.
KAEDAH PENGGUNAAN KRIM JERAGAT:
- Krim jeragat mesti diguna bersama-sama dengan Set Rawatan Pencerahan, iaitu sebelum tidur. Ia tidak seharusnya digunakan bersendirian.
- Setelah membersih muka dengan sabun, sapukan sedikit Krim Jeragat secara nipis pada kawasan muka yang berjeragat sahaja (bukan pada keseluruhan muka).
- Disusuli dengan Krim Pemutih dan Krim Kunyit seperti yang tersebut di atas.
- Untuk KULIT SENSITIF, gunakan Krim Jeragat selang 1 hari (atau seterusnya), dan elakkan penggunaan bertindih (bersama) dengan Krim Kunyit.
No comments:
Post a Comment