ORDER FORM

Name:
Email Address:
Phone No.
Address
Item Name

This form powered by Freedback

Tuesday, February 23, 2010

JUS KISMIS AS-SYIFA'


JUS KISMIS AS-SYIFA'-Penawar Rohani dan jasmani

Harga :
Botol 580 ml- RM 49.90(SM) RM 53.90(SS)
Botol 280 ml- RM 28.50(SM) RM 30.50(SS)
Botol 180 ml- RM 19.50(SM) RM 21.50(SS)

Khasiat Jus Kismis As-Syifa':

Banyak membantu mereka yang menghadapi masalah:

  • Asma

  • Batuk yang berlarutan

  • Tonsil

  • Insomnia

  • Melegakan Stress

  • Darah Tinggi

  • Keletihan

  • Denggi

  • Epilepsi

  • Sawan

  • Untuk anak-anak-menguatkan daya ingatan, malas belajar, degil, tingkatkan kecerdasan

  • Sangat baik untuk di amalkan oleh ibu-ibu yang hamil.

KISMIS
Kismis adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksijen ke otak ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan agen anti-oksida(anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar

KURMA/ RUTOB
Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).

Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Saidina Ali a.s. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya". kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.“

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) merumuskan kajiannya mengenai kurma seperti yang tersiar dalam majalah Mingguan Wanita bahawa sekiranya isteri-isteri yang hamil memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA’)

Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu

Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan.

Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habbatussauda') telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda') ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.

KAJIAN BERDASARKAN HADIS SAHIH

Minat kami terhadap pokok buah bunga nagealla sativa (habbatussauda’) diperkenalkan melalui sabda junjungan Nabi Muhammad SAW “ Dalam habbatus sauda’ (nagella sativa) terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali maut “ Riwayat AlBukhari.

Lanjutan daripada hadis ini dalam kitab bertajuk “Medicine of The Prophet” Ibnu Qayyim al-jawziyyah (691H-751H) terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya terutama berkaitan saraf, tekanan darah, pernafasan, pembiakan, penghadaman dan organ-organ dalam badan, buah pinggang, memberi tenaga bagi orang lemah tenaga badan. Memulihkan kulit berjerawat, ekzema, kedut, membaiki tekstur kulit, arthiritis. Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari keletihan. Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan, mengurangkan kahak. Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu mengurangkan gula dalam darah, merangsangkan salur pemakanan, meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin. Dapat melegakan kembung perut, merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan buang air besar dan kecil, membantu menambahkan susu badan bagi wanita selepas bersalin dan banyak lagi.

( Habbatus-sauda ) ini dapat merangsangkan tubuh badan dan mengimbangi minda, jasad dan semangat dan membantu menghilangkan rasa penat yang tidak bermaya.

BAYI DAN KANAK-KANAK

Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, buah bunga nigella sativa (habbatussauda') memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.

Penggunaan kerap buah bunga nigella sativa (habbatussauda') yang meningkatkan keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.

ORANG TUA

Dengan sumber pemakanan yang kaya dan memberi tenaga dan digabungkan dengan cirri-ciri menguatkan lagi system imun, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') merupakan pelengkap kesihatan yang ideal bagi orang tua.

Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda')kaya dalam nilai pemakanan :

Monosaccharides ( satu molekul gula ) dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose dan arabinose ditemui dalam jintan hitam.

Buah bunga Nigella Sativa (habbatussaubda') mengandungi komponen polysaccharide tidak tepu (linoleic dan asid linolenic ). Asid lemak yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan itu sendiri dan oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.

Lima belas asid amino melengkapkan kandungan protein dalam buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') , termasuk lapan belas daripada sembilan asid amino penting tidak boleh disentesis dalam badan kita dalam kuantiti yang mencukupi dan oleh itu perlu diperolehi daripada pemakanan kita.

Buah bunga Nagella Sativa ((habbatussaubda')) mengandungi Arginine, yang penting bagi pertumbuhan bayi.

Analisis kimia mendedahkan bahawa buah bunga nagella sativa ((habbatussaubda')) mengandungi karotena, yang apabila diproses oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti kanser.

Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') juga merupakan sumber kalsium, besi, natrium dan kalium. Tubuh badan hanya memerlukan jumlah yang kecil dan fungsi utama elemen-elemen ini adalah untuk bertindak sebagai konfaktor penting dalam pelbagai fungsi enzim.

KAJIAN BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA

Dalam amalan kesihatan kecantikan Ayurveda, Siddha dan Unani yang bermaksud sains Kehidupan dalam buku Desheeya tradisional Ayurveda 5000 tahun dulu, hampir kesemua penyediaan iaitu kaluduru (Habbatussauda)

Juga akan kehilangan keupayaannya untuk melawan toksin, sekaligus menambahkan peluang untuk dijangkiti penyakit.

UJIAN SAINTIFIK

Menurut keputusan ujiajn ke atas 9 lelaki dan wanita mengenai serum kolestrol, pemberian pati buah bunga nagella sativa untuk tempoh 4 minggu telah mengurangkan dengan ketaranya jumlah paras kolestrol dalam darah dan pecahan LDL, HDL dalam hypercholestroleamic pesakit.

Tiada perubahan signifikan kepada triglycerides. Mengurangkan jumlah kolestrol LDL bermakna mengurangkan risiko penyakit jantung.

MENGGALAKKAN ENZIM

Satu kajian oleh Agarwhal (1979) menunjukkan bahawa minyak buah bunga nagella sativa (habbatussaubda') meningkatkan pengaliran susu bagi ibu-ibu yang menyusui anak dengan susu badan. Satu penyelidikan oleh Universiti of Colombo (1989), termasuk Sari Biologikal mendedahkan bahawa keupayaan buah bunga nagella sativa untuk meningkatkan pengaliran susu ibu boleh dikaitkan dengan kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang didapati dalam buah bunga nagella sativa (habbatussaubda')

Ibnu Sina ( 980-1037) dalam menggambarkan habbatussauda’ sebagai “ meransang tenaga tubuh dan membantu memulihkan keletihan, masih tepat kepada pengamal kesihatan Tibb hari ini. Nilai –nilai pemakanan yang kaya yang terkandung di dalam habbatussauda’ seperti yang digariskan oleh analisis saintifik mengenai habbatussauda’menggambarkannya sebagai sumber tenaga yang sungguh baik.

Dari perspektif kesihatan Tibb habbatussauda’ mempunyai keupayaan untuk mengekal dan memulihkan panas badan. Diet orang barat, kebanyakannya diperbuat daripada makanan sejuk, ais dlm makanan kita, yugurt, pizza, keju dan kesemuanyanya mengurangkan haba semulajadi dalam badan kita yang diperlukan untuk fungsi optimum.

Tibb berpendapat bahawa punca kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh pengurangan kadar metabolisma (haba semulajadi). Badan manusia lemah apabila hilang tenaga

NILAI KUALITI PEMAKANAN

Indek nilai kualiti pemakanan habbatussauda’ menunjukkan bahawa bagi setiap 100mg bahan mentah mengandungi :

  • Tenaga 1%
  • Protein 1.4%
  • Thiamin mg 4.3%
  • Riboflavin mg 0.3%
  • Pyridoxine mg 1.1%
  • Niacin mg 1.2%
  • Calcium mg 0.8%
  • Iron mg 2.5%
  • Kuprum mg 3.9%
  • Zinc mg 1.7%
  • Phos. Mg 23.%
  • Folacin mf 0.7%

BUAH TIIN

Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiion ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.

Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat.

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi "Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun daru syurga maka aku kata "inilah buahnya" kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."

Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan pemawar kepada:

  • Masalah buasir

  • Gout

  • Bengkak-bangkak pada badan

  • melawaskan pembuangan air kecil

  • mengatasi masalah batuk

Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin, antarannya :

  • mencuci hati

  • mengurangkan panas badan

  • membersihkan kahak

  • lelah

  • membersihkan buah pinggang

  • buasir

Syarat-syarat pengedar/stokis

No comments:

Post a Comment