EXAMO-CKM 500
Makanan Neurofolik
Examo-CKM 500 adalah sejenis pamakanan minda yang telah diformulasikan oleh Prof Dr Azizan Ismail supaya dapat memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas dan runsing.
Examo-CKM 500 juga dapat memberikan keyakinan serta mambangkitkan semangat di samping dapat menguatkan daya fikir dan mencerdaskan akal serta memperbaiki daya tumpuan, menghapuskan rasa letih, celaru dan bosan.
Pemakanan Examo-CKM 500 ini sesuai untuk semua peringkat umur. Adalah digalakkan untuk memberikan anak anda Examo-CKM 500 ini untuk kecerdasan minda anak-anak - menjadikan mereka cepat dan cekap dalam mempelajari sesuatu.Harga:
RM 56 (Semenanjung Malaysia)
EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.
EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak.
Rumusan EXAMO-CKM 500 juga mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.
Bagaimana EXAMO-CKM 500 bertindak?
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga yang digunakan maka makin berkuranglah tenaga tersebut. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:
- Lesu
- Lapar
- Mengantuk
- Sengal otot dan sendi
- Lapar dan dahaga
- Marah-marah
- Tidak dapat meneruskan kerja
Untuk menghilangkan maslah tersebut, tenaga dapat dipulihkan. Bagaimana tenaga dapat dipulihkan?
Menurut kajian, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga:
- Memberi semangat dan peransang
- Beristirehat
- Makan dan minum
Memberi Semangat Dan Peransang
Seorang pelumba jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih dan tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai, maka bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga dalam kehidupan kita yang lain.
Beristirehat
Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang dapat dipulihkan.
Makan dan minum
Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang digunakan. Apa yang harus dimakan?
Bagaimana Dengan Otak?
Demikianlah pula dengan otak. Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
- Perasaan gementar, cemas dan bimbang
- Bersifat pesimis dan bersikap negetif
- Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
- Selalu letih dan tidak bertenaga
- Sering diganggu kesedihan tidak menentu
- Serabut fikiran dan kelesuan otak
- Lemah daya berfikir dan rasa malas
- Mudah lupa dan rasa jemu
- Kurang daya tumpuan
Bagaimana Cara Untuk Memulihkan Tenaga Otak?
Seperti mana tenaga fizikal, otak juga perlu dipulihkan melalui 3 cara iaitu:
- Memberi semangat dan perangsang
- Beristirehat
- Makan
Memberi Semangat Dan Perangsang
Kaedah psikologi sering digunakan untuk membantu guru membaiki prestasi pelajarnya. Kaedah memberi semangat dan rangsangan daripada orang yang dihormati dan disayangi biasanya dapat memberi daya dan tenaga dalaman untuk bangkit dan terus maju.
Beristirehat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak. tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan berehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof Dr Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindakbalas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.
Makan
Sebagaimana tubuh, tenaga otak juga memerlukan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Namun ada pendapat mengatakan kecerdasan akal seseorang bergantung pad bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Kecerdasan Akal
Kecerdasan akal (I.Q ) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam otak.
Prof Pyotr Anokin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akal seseorang.
Menurut penyelidikan beliau, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas adalah otak yang banyak membentuk hubungan atau jalnan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.
Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Bagaimana orang yang kurang cerdas? Bagaimana dia mampu menggalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?
Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan iistimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf kalsium posfat, kalium posfat dan magnesium posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.
Kesan Kegunaan EXAMO-CKM 500
- Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
- Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.
- Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan sistem ramisaraf dendrit.
- Lain-lain kegunaan
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:- Payah tidur
- Migrain
- Lelah
- Kanak-kanak degil
- Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
- Gangguan mimpi ngeri
- Pesakit jiwa atau mental
Kemungkinan Kesan Ringan (Minor Adverse Reaction):
- Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
- Pening kepala, tekanan darah rendah
Cara Makan:
Dikemam dalam mulut.
Bayi (kurang 1 tahun) .................................... 1 biji
Kanak-kanak (2-7 tahun) ................................ 2 biji
Kanak-kanak (8-14 tahun) ............................... 3 biji
Dewasa (15 tahun ke atas) ............................. 4 biji
Minggu pertama .......................................... 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 .................................... 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterunya ............................. 1 kali sehari
EXAMO-CKM 500 PLUS
Kesan Kegunaan
Membantu melekaskan tindakan EXAMO CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO CKM 500. Sama peranannya seperti pemangkin.
Lain-Lain Kegunaan
Dapat membantu EXAMO CKM 500 terutama dalam kes-kes berikut;
- Lupa yang amat teruk
- Hilang semangat untuk belajar atau bekerja
- Peribadi terbelah (split personality)
- Perasaan mendengar bisikan dari belakang
- Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong
EXAMO-CKM 500 Plus
Makanan Neurofolik
Examo-CKM 500 Plus berfungsi untuk mempercepatkan tindakbalas terhadap khasiat Examo-CKM 500.
Harga:
RM 28 (Semenanjung Malaysia)
EXAMO EKONOPEK
Anda juga boleh memperolehi kedua-dua produk iaitu Examo-CKM 500 dan Examo-CKM 500 Plus dalam bentuk Ekonopek yang lebih jimat dan menguntungkan.
Harga:
RM 80 (Semenanjung Malaysia)
SALINDAH
"Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang"
Sebelum Bersalin
B1
Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.
B2
Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
B3
Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.
B4
Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
B6
Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.
Selepas Bersalin
L7
Luka, calar - dibuat basuhan dan kompres.
L8
Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, merancau dan menjerit.
L9
Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
L10
Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
L11
Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga.
Harga Salindah
Set Sebelum Bersalin RM 224
Set Lepas Bersalin RM 215
Set Lengkap Salindah RM 370
B1 RM 46 Mulai seawal kehamilan
B2 RM 38 Mulai minggu ke 24 hamil
B3 RM 46 Mulai minggu ke 28 hamil
B4 RM 30 Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin
B5 RM 34 Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin
B6 RM 30 Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin
L7 RM 26 Guna selepas bersalin
L8 RM 30 Mulai 5 jam selepas bersalin
L9 RM 30 Mulai hari ke 2 selepas bersalin
L10 RM 38 Mulai hari ke 6 selepas bersalin
L11 RM 53 Mulai hari ke 7 selepas bersalin
L12 RM 38 Mulai hari ke 21 selepas bersalin
No comments:
Post a Comment